Pages

Sunday, October 28, 2012

Harta sebagai amanah

ASsalamualaikum

Menarik x tajuk hari ini? Harta adalah amanah. semua orang memiliki harta bukan? Sebagai manusia kita mestilah ingat akan diri kita bahawa harta yang kita miliki di dunia ini adalah satu pinjaman dan amanah. allah memberikan kepada kita harta sama ada hambanya pandai mengurus dan menjaganya ataupun tidak.

Ya. Benar Allah memberikan kita harta atau benda yang miliki itu adalah untuk mengujui kita sama ada bersyukur ataupun tidak. Tidak kiralah sama ada benda itu berharga ataupun tidak itu adalah satu amanah pada diri kita untuk memeliharanya. kerana, di akhirat kelak pasti Allah akan menyoal kita kenapa kita tidak menjaganya dengan baik.

Erm.. Harta adalah amanah. Ramai orang menganggap apa benda yang kita miliki itu patut kita sayang. Sebenarya itu tidak cukup sekadar kita sayang sahaja tetapi kita perlu menganggap ia adalah sebagai satu amanah. Barulah kita sebagai hambaNya akan menjaga sebaiknya harta yang kita miliki itu. Mama Cik Shikin yang menjelaskan kepada saya, kita perlu menganggap apa yang kita miliki itu adalah satu amanah.  Kerana Allah lah yang memberi dan dialah yang juga menariknya.

Wassalam

Thursday, October 11, 2012

Derma Darah


Assalamualaikum….

First and foremost, nak mintak maaf kat blog ni sebab dah lama x update. Hehe… Biasa l am a busy student. Satu hal lagi, jarang on9 sebab susah nak dapat line. 

Pasal derma darah, semalam(10/10/2012) Cik Shikin nak try la derma darah. Tapi ada benda yang jadinya.Ceriternye begini, masa mula2 nurse nak cucuk jarum, dia cakap camni:

Nurse : Dik, urat kecil sangat la. Jarum besar ni.
Cik Shikin : Alamak jarum besar, Sudah. (dlm hati jer….)

Nurse tu pegi la panggil senior Nurse. Nak suruh tgk2 kan la tu. Last2 dia cucuk jugak. Mula2 darah keluar or mengalir la jugak pastu lama2 sikit2 je mengalir. Pastu darah Cik Shikin pekat pulak tu.


Nurse : Awat x nak mengalir dik.
Cik Shikin : Manalah tau nak jadi cam ni.
Nurse : Lama kena tunggu ni. X sampai 100ml lagi ni.
Cik Shikin : emm….

Pengakhirannya Senior Nurse tu cakap cam ni kat Cik Shikin:

Senior Nurse : Dik, lain kali je le.
Cik Shikin : La yeke. (paham2 jele.)
Senior Nurse : Takut nanti bengkak tangan


Kesimpulannya, Cik Shikin x da la derma darah sangat. X tau la apa dia buat kat darah Cik Shikin tu yang x sampai 100ml dah keluar tu. Baru nak beramal. X de rezeki. Mana lah tau lain kali bole pulak. 

See you soon.




Sunday, September 2, 2012

Success or Failure?

Assalamualaikum...

Hari ni Cik Shikin nak kongsi sikit la tentang keterujaan Cik Shikin dengan kejayaan orang di sekeliling Cik Shikin. Orang2 sekeliling Cik Shikin ialah semua sepupu2 Cik Shikin. Ada yang dah beli rumah n Berkereta besar. Best nye.  Itupun sebab dah keje lama sebagai pharmacist. Nak dikatakan ceriter lagi dia dah nak beli kete lebih besar n mahal. dgr citer Toyota Wish or Toyota Estima. Tapi ayah Cik Shikin suruh beli Estima jer. Besar sikit.  X sabar rasanye nak graduate n dapa keje yg tetap. uhhh... x sabar rasanye. 

Pastu ada pulak sedara belah ayah Cik Shikin, kira pangkat anak sedara Cik Shikin la, dah beli kereta. Itupun sebab ada duit lebih dari biasiswa masa belajar dulu. Sekarang dia dah keje yang best la jugak. Gaji pun alhamdulilah la. 

Seronok tengok orang dah berjaya ni. Tapi dalam masa yang sama kita perlu tengok jugak macam mana dorang mencapai kejayaan itu. Sebelum berjaya mesti ada cabaran yang mereka tempuh. Mana ada orang berjaya tanpa usaha dan dugaan yang berbagai-bagai rupa. Tidak ada orang yang berjaya dengan secara tiba-tiba. Termasuklah my father. 

Cik Shikin dan adik2 Cik Shikin bersyukur dengan apa yang Cik Shikin ada sekarang. Alhamdulilah. Dahulunya ayah Cik Shikin orang susah. Tapi dengan ada kekuatan dalam diri, dia berusaha untuk mengubah nasib. Nowadays, dia dah pun berjaya menjadi seorang penolong pengurus di kilang Panasonic Shah Alam. May be next time Cik Shikin akan ceriter le detik-detik kejayaan my father. 

Wassalam.

Which one you want to choose ?

Friday, August 10, 2012

Petua Mengenal Malam Lailatulqadar.

Assalamualaikum.

Alhamdulilah sudah 21 hari kita berpuasa. Kepada kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh itu, tidak mengapa. Banyak lagi amalan yang kita boleh lakukan semasa kita uzur antaranya berzikir ataupun pada bulan yang mulia ini kita seeloknya menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa. Sessungguhnya orang yang menyediakan menu berbuka ganjarannya seumpama orang yang berpuasa. Subhanaalah. Best nye... Marilah kita rebut ganjaran itu.

Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu)." (HR Al-Baihaqi & Ibn Khuzaimah)



Salah satu keistimewaan bulan Ramadan ini ialah ada satu malam lebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatulqadar. sesunnguhnya Allah SWT elah berfirman di dalam Surah Al- Qadr 07"ayat 3 yang bermaksud 


Berikut adalah beberapa petua yang telah disusun Imam Al- Ghazali : 


  1. Malam ganjil 10 hari akhir Ramadan 
  2. Jika ! Ramadan jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka malam lailatulqadar jatuh pada malam ke 29
  3. Jika hari Isnin malam ke 21
  4. Jika hari Selasa atau Jumaat malam ke 27
  5. Jika hari Khamis malam ke 25
  6. Jika hari Sabtu malam ke 23.
Pernah berkata Syeikh Abu Hassan bahawa beliau tidak pernah terlepas mlm Lailatulqadar setelah beliau baligh denagn mengikut kaedah ini. 

Sebenarnya saya kongsi ilmu ini daripada artikel yang telah diberikan kepada ayah saya ketika dia menunaikan solat Tarawih di masjid. So, saya rasa lah maca nak kongsi petua ini. renung2kan lah ye. 

Wasssalm.


Wednesday, June 27, 2012

Saya tengah exam!

Assalamualaikum. hello...helloo...hello

haha...sedihnya, bulan Jun ni ada tiga entry je. sebenarnya cik Shikin x de masa la nak update blog ni. Cik shikin dok sibuk siapkan assignment n study for the exam. 

Tadi baru je berjalannya paper CTU551. selesai sudah satu. Tinggal 5 paper lg utk sem ni. Rasa cam x sabar nak balik n habes exam. Tpi, x habes study lg la. Mana x nye asyik mengadap Miss FB & Mr. Blogger. huh???

Nanti Cik Shikin akan mendarat dikediaman kite ye  pada 15/7 ni tau.  Nantikan kepulanganku wahai ayah n bonda serta adik2 ku. 

See you soon...