Pages

Saturday, May 12, 2012

Perjalananku Pada Hari Ini

Assalamualaikum.

Hari ini aku menjejakkan kaki ke salah sebuah bandar di Perlis iaitu Kangar atas tujuan untuk memebeli tiket bas untuk pulang ke rumah pada hujung bulan 5. Disebabkan semua ahli keluargaku macam menggalakkan lagi aku pulang untuk seminggu itu. Memandangkan kebetulan adalah cuti sekolah. Bolehlah aku berjumpa dgn semua adik beradik ku. Mama pun tgh cuti. Bole lah aku mintak macam2. hehe.....

Mulanya rancanganku dan kwn2 ku untuk beli tiket dan makan ABC + Cendol. Tetapi sementara menunggu waktu tengah hari lebih baik lah aq mengisi masa senggang itu dengan bermain bowling. hmm... Tema aq tahun ni memg main bowling je. Mula2 main mesti masih longkang. Tapi alhamdulilah adalah gak sPARE sekali STRIKE. 

Yang aq ingin titipkan untuk kali ini adalah apa yg aq perhatikan dan apa yg aq alami. Ceritanya begini. Sedang aq leka menunggu kwn ku membeli barang. Aq telah diidatangi oleh seorang tua yg memberi salam  "ASSALAMUALAIKA". Ya boleh bagi salam begitu.Tapi untuk  lelaki la. Menurut apa yg aq pelajari "ka" yg dibelakang itu menunjukkan lelaki. Orang tua itu meminta sesuatu kepada kami seolah meminta wang. Aq  x tau nak wat pe. Aq biarkan je. Karang kalo di bawa keluar purse ku. Takut ddibawa lari pulak. Malah bukan seorang tetapi beberapa orang juga yg datang kepadaku da. kwn2 ku. Nasib baik aq tidak keseorangan. Aq ditemani kwn2 ku juga. 

Aq mula berfikir. Kenapa orang tua seperti mereka meminta sedekah? Di manakah anak2 mereka? Kalo ada anak2 mereka, mengapa mereka membiarkan orang tua mereka meminta -minta hak org lain.? Adakah mereka ada tempat tinggal? Ya, memg salah kami juga mendedahkan wang di sekeliling. Konon nya nak bayar hutang masing2 terhadap ku. Ya, memg satu pengajaran bagi kami. 

Mungkin perkara sebegini sering berlaku pada diri orang lain. Tapi tidak aq. Aq jarang keluar dgn kwn2. Aq selalu keluar pun dgn parents. aq. Sentiasa terjamin keselamatan ku. Pengalaman yg x dpt dilupakan.



No comments:

Post a Comment

you can comment my post