Pages

Thursday, January 10, 2013

Pengajaran Masa Lalu

Assalamualaikum.... 

Di sini ada satu pengalaman yang boleh kita semua ambil pengajaran melalui kisah hidup Cik Shikin. Suatu hari ada seorang sahabat telah bertanya kepadaku, "Jika masa diputarkan ke blakang, apakah benda yang kau akan buat?" Kemudian aku berfikir dan lantas ak terus berkata," andaikah masa boleh diputarkan, aku rasa aku akan ambil kelas akaun masa zaman aku sekolah dulu. Sebab sekarang pun aku belajar kos business. Tapi aku kena fikir positif. Mungkin Allah nak aku belajar semua benda dalam dunia ni. Hidup kita telah diaturkan". Begitulah ceritaku padanya. 

Ya, memang ku akui kadang2 aku terfikir juga kenapa Allah aturkan ku begini. Ya, aku harus berfikiran positif. Ternyata DIA Maha mengetahui. Tapi aku seronok dengan kehidupan aku sekarang. Gembira dan dikelilingi orang2 yang sayangkan aku. Aku happy sebagai seorang student finance. Suatu benda yang baru dalm hidup aku. Kini, dah 3 semester pun aku. Alhamdulilah, walaupun pointer aku x de lah sehebat mana, tapi aku bersyukur masa beraada dlm 3++. Alhamdulilah. 

Ada lagi benda yang aku ingin kongsikan. Jangan tolak rezeki Allah. Allah telah menjanjikan kita sesuatu tapi kita menidakkannya. Sebagai contoh, apa yang terjadi pada diri aku sendiri. Dahulu, masa aku pindah sekolah MAAHAD Kajang, sebenarnya aku x nak pun pindah sekolah sebab hati aku hanya ada pada sekolah lama ku di Kuala Selangor. Sebab aku rasa aku seronok di sana. Tapi ibu bapaku berkeras juga untuk memindahkan ku. Aku turutkan sahaja kehendak mereka. Walaupun dah berpindah, setiap hari akan aku doa supaya aku dapat pindah balik ke sekolah lamaku. Namun, tiada Izin dari-Nya. Pelajaranku tunggang langgang sebab hati aku x redha dengan ketentuan. Nah, akhirnya result SPM  aku kurang baik. 

Pengajarannya, jangan menidakkan rezeki Allah. Ternyata memang ada rezeki aku di sekolah baru tetapi aku tidak berusaha. Ya, rezeki akan ada kalau kita berusaha untuk mendapatkannya. Jika aku tetapka hati untuk menerima ketentuan itu ternyata akan aku usaha sebaiknya. 

Ternyata pengalaman yang lalu membuatkan aku terfikir dan terus berfikir serta berusaha supaya pengalaman yang lalu x kan berulang kembali. Alhamdulilah sekarang aku Redha dengan ketentuanmu.





"No one can go back and change a bad beginning, but anyone can start now and create a successful ending".