Pages

Sunday, October 28, 2012

Harta sebagai amanah

ASsalamualaikum

Menarik x tajuk hari ini? Harta adalah amanah. semua orang memiliki harta bukan? Sebagai manusia kita mestilah ingat akan diri kita bahawa harta yang kita miliki di dunia ini adalah satu pinjaman dan amanah. allah memberikan kepada kita harta sama ada hambanya pandai mengurus dan menjaganya ataupun tidak.

Ya. Benar Allah memberikan kita harta atau benda yang miliki itu adalah untuk mengujui kita sama ada bersyukur ataupun tidak. Tidak kiralah sama ada benda itu berharga ataupun tidak itu adalah satu amanah pada diri kita untuk memeliharanya. kerana, di akhirat kelak pasti Allah akan menyoal kita kenapa kita tidak menjaganya dengan baik.

Erm.. Harta adalah amanah. Ramai orang menganggap apa benda yang kita miliki itu patut kita sayang. Sebenarya itu tidak cukup sekadar kita sayang sahaja tetapi kita perlu menganggap ia adalah sebagai satu amanah. Barulah kita sebagai hambaNya akan menjaga sebaiknya harta yang kita miliki itu. Mama Cik Shikin yang menjelaskan kepada saya, kita perlu menganggap apa yang kita miliki itu adalah satu amanah.  Kerana Allah lah yang memberi dan dialah yang juga menariknya.

Wassalam

Thursday, October 11, 2012

Derma Darah


Assalamualaikum….

First and foremost, nak mintak maaf kat blog ni sebab dah lama x update. Hehe… Biasa l am a busy student. Satu hal lagi, jarang on9 sebab susah nak dapat line. 

Pasal derma darah, semalam(10/10/2012) Cik Shikin nak try la derma darah. Tapi ada benda yang jadinya.Ceriternye begini, masa mula2 nurse nak cucuk jarum, dia cakap camni:

Nurse : Dik, urat kecil sangat la. Jarum besar ni.
Cik Shikin : Alamak jarum besar, Sudah. (dlm hati jer….)

Nurse tu pegi la panggil senior Nurse. Nak suruh tgk2 kan la tu. Last2 dia cucuk jugak. Mula2 darah keluar or mengalir la jugak pastu lama2 sikit2 je mengalir. Pastu darah Cik Shikin pekat pulak tu.


Nurse : Awat x nak mengalir dik.
Cik Shikin : Manalah tau nak jadi cam ni.
Nurse : Lama kena tunggu ni. X sampai 100ml lagi ni.
Cik Shikin : emm….

Pengakhirannya Senior Nurse tu cakap cam ni kat Cik Shikin:

Senior Nurse : Dik, lain kali je le.
Cik Shikin : La yeke. (paham2 jele.)
Senior Nurse : Takut nanti bengkak tangan


Kesimpulannya, Cik Shikin x da la derma darah sangat. X tau la apa dia buat kat darah Cik Shikin tu yang x sampai 100ml dah keluar tu. Baru nak beramal. X de rezeki. Mana lah tau lain kali bole pulak. 

See you soon.