Pages

Sunday, May 31, 2009

Tiga Golongan Awal ke Neraka

www.iluvislam.com
Al-Muslimah
mawaryangtinggi

Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba ABU HURAIRAH menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan.

Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T

ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.

Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.

"Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"

Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, May 25, 2009

Tokoh Sarjana Falak Al- Khawarizmi

Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Mohammad Ibnu Musa dan lebih dikenali dengan Al-Khawarizmi. Beliau dilahirkan di Khawazim (Kheva), selatan Laut Aral, Uzbekistan.

Beliau telah berjasa dalam bidang falak pada zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau. Al-Khawarizmi adalah seorang ahli falak yang agung.

Diantara hasil kerja beliau ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy.


Beliau juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zaman itu. Beliau juga telah menghitung isipadu dan ukurlilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari.

Selain bidang falak, Al-Khawarizmi juga adalah seorang ahli matematik yang agung. Beliau telah merintis algebra (arithmatic), penggunaan angka sifar dan perpuluhan, fungsi sinus dan tangen, ungkapan quadratik secara geometri dan trigonometri.

Diantara karangan Al-Khawarizmi ialah Kitab at-Tarikh (falak), Kitab al-Rukhmat(falak), Istkhraj Tarikh al-Yahudi (falak), Kitab Surat al-Ard (falak-geografi), Hisab al-Jabr wal Muqabalah (matematik) dan Kitab al-Jam’a bil Hisab al-Hindi (arithmatic).

Resepi Egg Tart

Assalamualaikum.
Sate tau ramai kawan2 saye suka makan egg tart.
Cubala wat sendiri ek.
Manalah tau sedap ke.
Nu ha resepi nye.
Amk jgn x amk.
Cuba jgn x cuba.
tau...........tau............ tau............


Pastri:
500g Tepung gandum
125g Gula icing
250g Butter (tips: butter sejuk dari petisejuk)
2 biji telur gred B
1 tsp esen vanila

Ayak tepung, campurkan gula icing. Masukkan butter dan gaul hingga jadi crumbs. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan hingga rata. Bentukkan jadi sebiji bola. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan.

Filling:
250g Air
125g Gula
5 biji Telur gred B
100g Susu cair (Evaporated milk)

Larutkan gula kedalam air. (buat air gula) Kalau guna air suam, biarkan sejuk dulu sebelum masukkan telur dan susu cair. Pukul semua 4 bahan hingga sebati kemudian tapiskan dan sedia untuk digunakan.

Cara:
Isikan atau bentukkan pastry kedalam acuan. Bakar pada suhu 160 ke 180 C selama 15 minit atau sehingga kelihatan kering atau sedikit kekuningan. Keluarkan dari oven. Tuangkan filling tadi kemudian masukkan semula ke dalam oven. Bakar lagi pada suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga telurnya masak. (tak cair)



Sunday, May 24, 2009

Aku dlm dilema

Hari Jumaat ari 2.
Aku dpt panggilan dari KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR,
kolej ni klj bersekutu under UiTM.
Ptg 2 aku gi la klj 2.
My dad n my mum suruh amk DIPLOMA SAINS kat c2.
Diploma 2 uder UiTM la.
Tap bole ke aku nak amk sains lagi.
tgk la semua result pekse Sains aku semua x brapa ok.
Actually mase time F4 mmg aku nak masuk class Sains pun.
Dan aku berazam nak amk Sains mase kat U.
Aku dlm dilema lah gak nak amk Sains o Akaun.
Pas2 aku wat la Solat Istikharah.
Tap aku x tau gak.
And than aku katalah PILIHAN TERAKHIR aku ADALAH PILIHAN TERBAIK.
Pas2 aku amk la Sains.
Pada mulanye aku nak amk Sains sbb aku minat blaja Bio.
pas aku blaja aku lebih minat chemistry.
Aku amk Class Sains sbb nak sambung blaja luas bidangnye.
Mungkin aku telah ditakdirkan untk berdiri di atas bidang Sains la.
Mungkin Allah nak uji aku.
Dengan result SPM aku x sebrapa 2.
Aku takut gak nak masuk c2.
yele tempatnye x de seislamic kat skola dulu2.
Aku takut diri aku akan terpesong pilak.
Nak tau tak,
ade orang cakap muka aku ni boe amk
VATERINA.
Aku punye le terkejut.
Hehe....
Lawak pun ade......
satu galakan pun ade.............
Aku ahla geli dwngan TIKUS.....
ERK.....
aKU DLM DILEME LAH GAK..
aku nak amk akaun ke?
bisness ke?
Sains ker?

Friday, May 22, 2009

Cinta Adam dan Hawa

Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan.

Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Dia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Dia merasa kesepian, lama sudah. Dia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya. Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

Adam kesepian, Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri? Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Dia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu.

Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

Hawa diciptakan Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur. Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya.

Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

Pertemuan Adam dan Hawa, Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu. Adam terjaga....!

Alangkah terkejutnya Adam a.s ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Dia seolah tak percaya pada penglihatannya. Adam a.s masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya. Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna.

Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Hawa adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana dia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan. Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia.

Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam. Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Dia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Dia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya.

Dia yakin tidak salah pandang. Dia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Dia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Dia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya. Adam terpikat Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.

“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan. Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga.

Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat. Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam.

Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban. “Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi. Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak menghulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru: “Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”. Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.

Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah. Perkahwinan Adam dan Hawa Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga.

Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa. Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.

Malaikat dan para bidadari berdatangan Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula. “Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu. Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar. Mahar perkahwinan Adam Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar.

Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan Adam. Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.

“Bukan!” kata Tuhan. “Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

“Bukan!” tegas suara Ghaib. Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.

Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”. Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya.

Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam). Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar. “Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”. Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”. (Al-A’raaf: 19).


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat. Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat.

Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Al-Baqarah: 38)

Ujian itu Rahsia Allah .W.T.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Bismillahirahmaniraheem..


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.



Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.



Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.



Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.



Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.



Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.



Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kesan Zikir Terhadap Otak

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan
.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya
.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, May 21, 2009

Aku dan diriku...............

Aku bingung.
Apa nak buat?
Aku dalam dilema.
Nak amik Diploma Sains o Diploma Bisnes?
Kalo amik bisness susah gak nak dapat keje.
Tadi aku dpt call dari klj UNIT,
kOLeJ BERSEKUTU underUITM la.
Aku takut gak nak amk Sains.
Boleh ke aku nak amk Sains lagi?
Sape2 yang bace teks ni,
tolonglah saye.
hek...hek..hek......
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....................................
Shikin x leh mengalah.
Shikin mesti kuat.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, May 17, 2009

Buta Mata Tidak Bererti Buta Hati

"Marhaban biman 'atabani rabbi," demikian ucapan Nabi Muhammad s.a.w. setiap kali baginda bertemu orang itu.

Ucapan demikian khusus kepadanya sahaja dan tidak baginda lakukan demikian pada para sahabat.

Ucapan "selamat datang untuk orang yang olehnya aku mendapat teguran ALLAH," terjadi satu peristiwa yang berlaku ketika Nabi masih berada di Mekah dan dakwah Islam baginda menerima gangguan terus-menerus. Nabi Muhammad s.a.w. sedang melakukan dakwah kepada beberapa tokoh-tokoh Quraisy agar mereka memeluk Islam di antaranya adalah Abu Jahal dan Atabah bin Rabi`ah; pemuka golongan Musyrik.

Tiba-tiba datang seorang buta bernama Ibnu Ummi Maktum. Ia mendekati orang ramai yang berada di situ lalu berkata kepada Nabi:

"Ajarkan padaku ,ya Rasulullah apa yang diajarkan Allah kepada engkau."


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Nabi tidak mengindahkannya. Rupanya baginda lebih mengharapkan tokoh-tokoh Quraisy itu dahulu sehingga tidak memberi perhatian kepada si buta tersebut. Kerana jika mereka masuk Islam, tentu ramai yang lain akan mengikutnya,demikian yang terfikirkan oleh Nabi ketika itu.

Sikap baginda itu tidak dibenarkan Allah. Allah s.a.w. dengan segera menegur kepada Nabi dengan menurunkan ayat dan menghendaki Nabi merubah sikap baginda
.

"(Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana orang buta datang kepadanya. Barangkali, siapa tahu, beliau ingin membersihkan jiwanya. Atau ingin mendapat pelajaran bermanfaat (untuk dirinya). Adapun orang yang merasa dirinya kaya itu, engkau datang menghadapinya.Tidak ada (celaan) pada engkau bila beliau tidak membersihkan jiwanya. Orang yang datang pada engkau dengan kesanggupan usahanya,sedang beliau takut pada Allah, maka engkau tidak mempedulikannya. Sekali-kali tidak(begitu hendaknya)! Sesungguhnya (ajaran-ajaran Allah) itu adalah suatu peringatan."

Demikian ayat teguran Allah kepada Nabi yang di sebut dalam al-Quran, surah Abasa. Ayat ini telah menyedarkan Nabi dan baginda bertemu akan si buta itu dan Nabi s.a.w. ucapkan "marhaban biman atabani rabbi".

Padanya juga baginda ajarkan agama Islam seperti para sahabat yang lainnya. Pada suatu hari Jibrail datang mengunjungi Rasulullah s.a.w. ,sedangkan Ibnu Ummi Maktum berada dekat baginda.

Sejak bila engkau tidak melihat," demikian ditanyakan padanya.

"Sejak saya masih kecil," jawabnya.

Lalu disampaikan kepadanya Hadits Qudsy.

"Bila Aku (ALLAH) ambil apa yang dimuliakan dari hamba-KU,gantinya nanti ialah Syurga (kalau beliau sabar).

" Di waktu lain pula ketika baginda hendak ke medan perang, Ibnu Ummi Maktum diangkat baginda sebagai Gabenor Tentera Madinah.

Semasa dalam pimpinannya itu, ketika solat Jumaat beliau sendiri yang membaca khutbah. Demikianlah beliau mendapat penghargaan dan Allah sudah menghargainya. Namun demikian Ibnu Ummi Maktum sedar akan dirinya dan beliau tidak lupa daratan atau menyombong diri. Sewaktu beliau berkhutbah jumaat, beliau tidak mahu menaiki mimbar yang selalu dipakai Nabi. Cukup dgn beliau berdiri di samping mimbar itu. Tetapi kerjanya sebagai muazzin adalah yang paling disukainya.

Nabi mempunyai muazzin yang lain iaitu Bilal. Kerana itu, Baginda telah memberi ketentuan waktu masing-masing.

"Bilal azan di waktu malam,maka makan dan minumlah kamu(untuk puasa) sehingga tiba giliran Ibnu Ummi Maktum (azan subuh)," perintah Nabi kepada kedua mereka.

Teguran Allah kepada Nabi sewajarnya menjadi peringatan kita bahawa orang cacat,miskin, atau orang kecil sekalipun jangan diabaikan kerana mungkin mereka juga kuat beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka sedia berkorban pada agama Islam. Sesungguhnya kejadian ini dijadikan teladan yang baik hendaknya bagi kita umat Nabi Muhammad s.a.w.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Selamat Hari Guru kepada guru2 di Malaysia.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


takde nak masuk cerpen le.
hehe...

Pakaian Remaja:Di mana silapnya??

"Pakaian Remaja?" jika kita dengar atau baca perkataan tersebut, secara automatik kita akan terbayang cara berpakaian remaja kita sekarang terutama pakaian remaja perempuan. Jenis pakaian yang paling awal tergambar di minda kita adalah pakaian mereka yang seksi, ketat, terlondeh sana sini dan dedah sana sini. Tidak dinafikan pakaian demikian juga dikenakan oleh belia dan orang dewasa, namun tumpuan kita kini adalah kepada golongan remaja yang bakal menerajui negara.


Cara berpakaian juga mencerminkan akhlak, jadi ia amat penting untuk dibincangkan bagi menjaga akhlak remaja kita. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 tafsirnya :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."

Dari ayat di atas tadi, jelas pada kita bahawa pakaian sebilangan remaja kita kini bertentangan dengan suruhan dan perintah Allah. Namun, mereka tidak menghiraukan yang demikian asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini. Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H', HALAL TAPI HARAM. Ini amat ketara jika kita perhatikan sekeliling kita, ramai juga remaja kita yang bertudung.


Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat, namun jika diperhatikan ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor di kalangan remaja yang bertudung. Suatu ketika dulu, pakaian demikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah pakaian yang dialu-alukan. Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak 'bersangkutan' dan 'berampaian' di gedung-gedung perniagaan di negara kita ini.

Pelbagai fesyen baru tumbuh bagai cendawan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja. Jika kita kupas '2H' memang banyak pengertiannya. Namun satu sahaja lagi yang akan kita perkatakan di sini, pakaian tradisi kita yang telah dieksploitasikan. Baju kurang misalnya, pakaian rasmi negara kita yang begitu sopan dipandang mata, namun yang menyedihkan kainnya telah dibelah sehingga menampakkan betis ketika si pemakai melangkah.


Trend 'punk', 'funky', 'rappers', 'gengster', 'skinhead', 'grunge' dan sebagainya juga mempunyai cara pemakaian mereka yang tersendiri. Trend demikian bukan hanya di kalangan kaum lelaki malah kaum perempuan. Walaupun pakaian remaja lelaki tidak begitu menimbulkan masalah dalam mendedahkan aurat, namun ia tidak sopan malah menjatuhkan maruah budaya negara kita. Ini kerana pakaian tersebut melambangkan kelemahan pegangan remaja kita terhadap agama dan budaya bangsa.

Bangsa asing mentertawakan akan kebodohan dan kelemahan remaja kita kerana dengan mudah mereka membeli dan mempengaruhi minda remaja kita. Sebilangan dari remaja kita juga, 'lupa' atau 'tidak tahu' akan jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya, sungguh kasihan. Golongan seperti ini adalah dilaknat oleh Allah. Ini jelas dinyatakan dalam hadis Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud,

"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Dengan sedikit contoh pakaian di atas, jelas pada kita bahawa cara berpakaian sebahagian remaja kita bertentangan dengan cara pakaian budaya Melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Para remaja begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno dan berfikiran sempit.

Islam memang menggalakkan kita untuk terus memajukan diri dan bukanlah menjadi kesalahan jika kita mengikut negara-negara Barat tersebut selagi ia tidak bertentangan dengan tuntutan Islam yang suci. Namun dalam hal pakaian, tidak sesuai untuk kita mengikut mereka, ini kerana pakaian mereka yang jelas bertentangan dengan Islam dan tidak sesuai dengan cara hidup negara kita yang berfalsafahkan Melayu Islam Beraja (MIB). Sebagai remaja Melayu Muslim, kita tidak perlu mengikut budaya asing dalam cara berpakaian.

Pakaian kita sudah cukup sempurna dan sopan dipandang. Berbaju kurung bagi kaum perempuan, manakala berbaju 'MIB' dan Cara Melayu bagi lelaki. Namun tidak semua pakaian tradisi tidak sesuai untuk agama Islam. Jika kita lihat pakaian tradisi Melayu, baju kebaya zaman dahulu contohnya, ketat dan antaranya dibuat dari kain kasa sehingga menampakkan kulit si pemakainya. Pun begitu, pakaian tersebut telah diperbaiki dengan rekaan pakaian kebaya labuh. Jadi kita bolehlah mengenakan pakaian tersebut.

Di sini tidak bermaksud agar remaja kita sentiasa mengenakan pakaian demikian, remaja kita boleh juga memakai mana-mana pakaian yang bersesuaian dengan situasi dan tempat. Bersukan contohnya, lelaki hendaklah memakai pakaian sukan dan berseluar panjang, manakala perempuan bertudung, berseluar panjang dan berbaju lengan panjang. Begitu juga ketika berjalan bersiar-siar dan makan angin. Walaupun tanpa memakai baju kurung, MIB atau Cara Melayu, remaja kita boleh juga memakai kemeja dan 'blaus' berlengan panjang, labuh dan tidak menampakkan kulit serta bertudung bagi kaum hawa.

Sebenarnya, tiada budaya yang tertentu yang mesti diikut dalam berpakaian. Kita boleh mengikut budaya kita sendiri atau budaya asing seperti budaya Arab dengan memakai jubah atau budaya Cina dan sebagainya selagi ia sopan dan memenuhi garis pandu yang ditetapkan Islam. Remaja itu sendiri yang tahu pakaian yang sesuai dengan selera mereka. Tepuk dada tanya selera! Paling penting hukum Islam jangan dipermainkan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, May 13, 2009

Antara Tanda2 kecil Kiamat

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim


Hadis-hadis ini adalah merupakan pengkhabaran sebahagian daripada tanda-tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku dalam dunia masyarakat kita.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pedoman daripada hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada Junjungan Mulia Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam.Sesungguhnya Baginda tidaklah bertutur mengikut hawa tetapi semua ini adalah wahyu daripada Allah taala.-editor.

amk dari iluvislam.com

Aku dan cikgu.............

Bismilahirrahmanirrahim

Kadg2 aku pikir,apa aku nak jadi lepass ni.
Dulu mase f4 puas aku berfikir,aku nak amk sains tulen o akaun
Pas2 punye pikir2 aku amk sains.
Aku ade gak wat solat istikharah,
Pas2 aku x tau gak
Aku PIKIR,
APA pilihan aku selepas ini ADALAH PILIHAN TERBAIK.
PAS2 AKU PASG la cite2 aku.
AKU NAK JADI PENSYARAH.
TAp kalo nak jadi pensyarah kene jadi cikgu dulu.
Aku memg X NAK JADI CIKGU.
Itu dulu la.
Tap akurg aku pikir,
cikgu la segala2 nye.
JAD CIKGU DPT PAHALA TAU.
Sbnrnye kalo jadi cikgu sebelah kaki pergi SYURGA sebelah lagi NERAKA.
Kalo cikgu 2 berjaya melahirkan anak murid yang baik insya Allah akan ditarik masuk syurga.
Kalo murid nye jadi jahat tarik ke neraka.
Oleh sebab i2 jadi cikgu mestilah pandai mendidik anak murid menjadi seorang yg berjaya.
Sskarg sbnrnye aku tgh tunggu rayuan temuduga jadi cikgu.
Mak aku cakap, semua yg memohon cikgu 2 semua yg dpt 13A lah,12A la.
Lagipun dorg lbh utamakan yg dpt 13A n 12A dulu.
Harap2 aku dpt le.
Amin.....
SBB CIKGU NI SENG DPT KEJE LE.
Sbnr nye jadi cikgu ni berat gak
Ala lagipun semua keje ade bebanan nye.
Mane ade yg seng dlm dunia ni.
kalo sng segala galanye,
X DE MAKNENYE HIDUP.
Sbnrnye ade le sorg cikgu add math aku.
Namanye CIKGU HALIM.
Dia pernah cakap kat aku"awak akan jadi seorg cikgu yg cemerlang satu ari nanti"
Lebih kurg cam2 la ayat nye.
Aku pikir la,
ADAKAH I2 SATU GALAKAN UNTUK AKU BLAJA o
INSTINCT DIA EK?
Kadg2 ape yg cikgu ni ckp bole jadi betul gak.
Pas 2 CIKGU SAIDATUL kata(cikgu Bio aku)aku pun akan jadi cikgu.
Tap knapa ari 2 aku x dpt gi temuduga.
Yah, may be aku akan jadi cikgu.
ALLAH nak aku sabar lagi.

Inilah ujian bagiku.

Monday, May 11, 2009

Buatmu ibu

Ibu? bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

UNTUKMU BU

Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.



Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.



Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.



Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.



Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.



“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.



Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.



Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.



Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.



Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.



Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.



Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.



Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.



ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.






Thursday, May 7, 2009

Rahsia Tarikh lahir

Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?

Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.

RAHSIA TARIKH LAHIR akan memainkan peranan sebagai ‘Paksi’ untuk mengimbangkan kehidupan seseorang dalam mencapai kebenaran diri (self-actualization). Dengan menggunakan Metodologi ini anda boleh membantu diri anda untuk membongkar potensi yang tersembunyi serta memahami diri anda serta orang tersayang dengan lebih baik. Kami percaya TAKDIR seseorang tidak ditentukan. Berdasarkan Firman Allah swt yang menyeru supaya manusia mengubah nasib mereka sendiri, menguatkan lagi bahawa TAKDIR kita bukan telah ditentukan.

Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,
“Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri.”

KERJAYA - Adakah anda di dalam industri dan memegang jawatan yang sesuai? Ketahuilah kerjaya yang paling sesuai untuk anda.

PERNIAGAAN - Adakah anda seorang yang berorientasikan perniagaan? Adakah anda dilahirkan untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan? Mengapakah perniagaan anda gagal? Seterusnya, daripada TARIKH PENDAFTARAN SYARIKAT anda, kami boleh melihat apakah yang bakal berlaku di dalam syarikat (masalah, halangan dan keupayaan untuk menempa kejayaan).

KESIHATAN - Dengan menggunakan kaedah metodologi ini boleh memberi amaran awal kepada anda tentang penyakit-penyakit yang bakal dihadapi.

PERHUBUNGAN - Kesesuaian seseorang adalah KUNCI kebahagiaan. Analisis TARIKH LAHIR boleh membantu untuk mengenalpasti pasangan ideal anda samada di dalam perniagaan atau di dalam kehidupan. Perhubungan dengan pasangan atau anak, baik atau buruk akan didedahkan. Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan. Mengetahui kebarangkalian berlakunya penceraian di dalam sesebuah rumahtangga.

KEKAYAAN - Dengan mengetahui TARIKH LAHIR anda boleh memperolehi CARTA yang menunjukkan turun naik kehidupan anda sejak kecil sehingga mencapai umur 120 tahun. Ianya secara jelas dapat menunjukkan bilakah peluang akan muncul. Anda seterusnya hendaklah menggunakan peluang tersebut apabila tiba masanya.

RAHSIA TARIKH LAHIR KAEDAH SAINS METAFIZIK

Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik.

Mengungkap Rahsia Tarikh Lahir Anda Dengan Menggunakan Kaedah Sains Metafizik Dengan Ketepatan Sehingga 90%. Percayakah Anda, Tarikh Lahir Anda Menceritakan Segalanya.


Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir- Dr Fadhilah Kamsah.

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8.
.Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1.
.hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1:Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalamdiri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini andaakan menjadi seorang yang bergu
na.

Tuesday, May 5, 2009

analisis bulan kelahiran

Cuba renung artikel ini mengenai bulan dan sikap anda.Artikel ini telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato Dr Fadhilah Kamsah, sebagai panduan anda..ALLAHUALAM.

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirancang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisplinkan diri sendiri. Badanya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkanya. cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk dirumah. Setia pada segalanya.Perlu belajar kemahiran bersosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI
Berfikiran abstrak. sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam,pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya.Tidak suka kepada perkara yang remeh temeh.Suka berkawan tapi kurang mempamerkan.Sangat berani dan suka memberontak.Bercita-cita tinggi,suka berangan-angan dan ada harapan untuk merelisasikan impiannya.Pemerhatian yang tajam.Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.Berkecenderungan pada benda tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti menarik dan menawan.Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semula jadi, jujur pemurah dan mudah sempati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. pemerhatian dan penilaian yang amat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalam bidang muzik. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk) Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara mencabar,pengasih,penyayang,sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan.Kecenderungan bersifat pendendam.Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Kuat daya ingatan dan gerak hati yang sangat kuat.Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Keras hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi.Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati dan perhatian orang lain. Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental dan fizikal.Tidak perlu dimotivasikan.Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik ( otak kiri ). Suka berangan.Kuat daya firasat memahami apa terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu.bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.daya khayalan yang tinggi.pemikiran yang tajam.pandai berdebat.fizikal yang baik.kelemahan sistem pernafasan. suka sastera, seni & muzik serta melancong.Tidak berapa suka duduk dirumah.Tidak boleh duduk diam.Tidak punya ramai anak.rajin dan bersemangat tinggi.agak boros.

JUN
Berfikiran jauh dan berwawasan.Mudah ditawan kerana sikap baik.Berperangai lemah lembut.Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai pemikiran yang aktif(sentiasa berfikir) Sukar melalukan sesuatu dengan segera.Bersikap suka menanguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik. Cepat marah dan cepat sejuk.mudah memaafkan tetapi sukar melupakan. Suka bercakap dan berdebat.Suka buat lawak dan bergurau.Otaknya cergas berangan-angan. Mudah berkawan dan pandai berkawan.Orang yang sangat tertib.pandai mempamerkan sikap.mudah kecil hati.mudah kena selsema.suka berkemas.cepat rasa bosan.Kurang mempamerkan perasaan, lambat untuk sembuh apabila terluka hati. suka pada barang berjenama.mudah menjadi eksekutif. Sesiapa yang memuji dianggap musuh. sesiapa yang menegur dianggap kawan. bukan seorang yang pendendam.

JULAI
Sangat suka didamping Banyak berahsia dan sukar dimengertikan terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali dirangsang.ada harga dan maruah diri.tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan. mudah dipujuk dan bercakap lurus.sangat menjaga hati orang lain. sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. berjiwa sentimental,jarang berdendam. Mudah memafkan tetapi sukar untuk melupakan.tidak suka benda yang remeh temeh.Membimbing cara fizikal dan mental.sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. layanan yang serupa terhadap semua orang.tinggi daya sempati.pemerhatian yang tajam.suka menilai orang lain melalui pemerhatian.mudah dan rajin belajar.suka muhasabah diri. suka mengenangkan peristiwa dan kawan lama. suka mendiamkan diri. suka duduk dirumah. suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan.tidak agresif kecuali terpaksa. lemah dari segi kesihatan perut. mudah gemuk kalau tidak kawal diet. minta disayangi. mudah terluka hati tapi lambat pulih. terlalu mengambil berat. rajin dalam membuat kerja.

OGOS
Suka berlawak . mudah tertawan padanya. sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. berani dan tidak tahu takut. orangyan agak tegas dan bersikap kepimpinan. pandai memujuk orang lain. terlalu pemurah dan bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. dahagakan pujian. Semangat juang yang luar biasa. cepat marah dan mudah mengamuk. mudah marah bila cakapnya dilawan. sangat cemburu. daya pemerhatian yang tajam dan teliti.cepat berfikir.fikiran yang berdikari. suka memimpin dan dipimpin. sifat suka berangan. berbakat dalam senilukis hiburan dan silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. belajar untuk bertenanag. sikap kelam kabut, romantik, pengasih dan penyayang, suka mencari kawan.

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun dan bertolak ansur. sangat cermat, teliti dan teratur. Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik. pendiam tapi pandai bercakap. sikap sangat cool, sangat baik dan mudah sempati. sangat prihatin dan terperinchi, amanah, setia dan jujur. kerja yang dilakukan sangat sempurna. sangat sensitif yang tidak diketahui. orang yang banyak berfikir. daya pentaakulan yang baik. otak bijak dan mudah belajar. suka mencari maklumat. kawal diri dari terlalu mengkritik. pandai mendorong diri sendiri. mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. suka sukan, hiburan dan melancong. kurang menunjukan perasaanya. terluka hatinya sangat lama disimpan. terlalu memilih pasangan. sukakan benda yang luas, bersistematik.

OKTOBER
Suka berbual. suka orang yang sayang padanya. suka ambil jalan tengah. sangat menawan dan sopan santun. kecantikan luar dan dalam. tidak pandai berbohong dan berpura-pura. mudah rasa sempati. baik dan mementingkan kawan. sentiasa berkawan. hatinya mudah terusik tetapi merajuk tidak lama. cepat marah. macam pentingkan diri sendiri. tidak menolong orang kecuali diminta. Suka melihat dariperspektifnya sendiri. tidak suka terima pandangan orang lain. emosi yang mudah terusik. suka berangan dan pandai bercakap. emosi yang kelam kabut. daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan ) suka melancong, bidang sastera dan seni. Pengasih, penyayang dan lemah lembut. romantik dalam percintaan. mudah terusik hati dan cemburu. ambil berat tentang orang lain. suka kegiatan luar. orang yang adil. Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran. mudah patah semangat.

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara. sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. berfikiran ke hadapan. berfikiran unik dan bijak. penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa. pemikiran yang tajam. daya firasat yang sangat halus dan tinggi. sesuai jadi seorang doktor. cermat dan teliti personaliti yang dinamik. sifat yang berahsia. banyak berfikir kurang bercakap dan mesra. berani pemurah setia dan banyak kesabaran. terlalu degil dan keras hati apabila berkehendakan sesuatu akan diusahakan sehingga berjaya. tak suka marah kecuali digugat. mudah ambil berat terhadap orang lain. pandai muhasabah diri. cara berfikir lain dari orang lain. otak yang sangat tajam. pandai mendorong diri sendiri. tidak hargai pujian. kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendakkan sesuatu. cuba sampai berjaya. badan yang sasa. kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. suka duduk dirumah. sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. bercita-cita tinggi. perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah.

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah. bersifat patriotik. sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. bercita-cita tinggi. suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. seronok bila didampingi. suka bercampur dengan orang. suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. tidak pandai berpura-pura. cepat marah.perangai yang mudah berubah-ubah. tidak ego walaupun harga diri sangat tinggi. benci pada kongkongan. suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

Mengapa mengeluh

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.

Kita bertanya : Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, “ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “ Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta “ Surah al-Ankabut, ayat 2-3.

Kita bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia akan buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”Surah al-Baqarah, ayat 216.

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah al-Baqarah,ayat 286.

Kita bertanya: Kenapa kita rasa frust?
Quran menjawab, Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Ali Imran, ayat 139.

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
Surah al-Baqarah, ayat 45

Kita bertanya:Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab, “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal” Surah al-Taubah, ayat 129.

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, “ Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” Surah al-Taubah, ayat 111.



Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab , “ … dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kamu yang kafir.” Surah Yusuf, ayat 12.

Kita berkata: Sampai bila aku akan merasa begini.
Quran menjawab, “ Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” Surah al-Insyirah,
ayat 5-6

Sudah! Jangan mengalah lagi. Pergi baca Quran.