Pages

Monday, August 1, 2011

5 Bonus Khas Ramadan

(Petikan dari Solusi Isu No. 34)
Insya Allah sama - sama kita kongsi.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : 
"Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat - umat terdahulu ketika Ramadan iaitu 


  1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi dari kasturi di sisi Allah.
  2. Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka. 
  3. Allah memperintahkan syurga - Nya setiap hari dan berfirman: "Hampir - hampir hamba- Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu." (Merela sanggup bersusah - payah di dunia demi kebahagian hidup di dunia dan akhirat)
  4. Syaitan - syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti bulan  bulan selain Ramadan.
  5. Mereka akan dapat keampunan pada akhir malam ( Orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya )." Mengenai onus kelima ini ada sahabat yang bertanya kepada Rasulullah s. a. w. " Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab : "Bukan tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalannya". (Riwayat Ahmad)