Pages

Friday, December 24, 2010

Help Me!

salam. pilihan 1 n 2 dah ade
pilihan 3-8 nak letak ape?
please help me

Berikut adalah kos yg layak utk aq;

-sarjana muda sains pengajian sains dan teknologi um
-sarjana muda sains matematik um
-sarjana muda sains kimia um
-sarjana muda sains matematik aktuari dan kewangan um
-sarjana muda sains kimia gunaan
-sarjana muda pendidikan maths um
-sarjana muda undang2 kepujian ukm
-sarjana muda sains makanan dan permakanan ukm
-sarjana muda sains dengan kepujian maths ukm
-sarjana muda sains kepujan fizik ukm
-sarjana muda sains dngan kepujian kimia ukm
-sarjana muda kepujian sains bahan ukm
-sarjana muda kepijian teknologi kimia ukm
-sarjana muda pendidikan matematik ukm
-chemical process uitm
-teknologi makmal uitm
-bachelor kimia uitm
-aplied chemistry uitm
- chemistry forensic analysis
- bachelor physics uitm
-industrial physics
-actuarial science
-maths uitm

Thursday, December 2, 2010

Aku sekali lagi diuji.............

Assalamualaikum..........
Fuh dah lama gak x update blog ni. Baru2 ni aq baru dpt result PSPM. Not bad la. Walaupun aq x dpt apa yg aq targetkan tap aq bersyukur kerana aq masih stay still belajar kat KMPP ni. Kdg 2 aq sedih gak tap aq kene pikir gak ada org lg teruk drpd aq. Ya memang kite sering bertanya kenapa aq x dpt apa yg aq impikan? Sedangkan Allah berkaa: boleh jadi sesuatu benda yg kamu suka i2 tidak baik utk kamu dan boleh jad benda yg kamu benci i2 lebih baik utk diri kamu.

At least aq dpt blaja lg. Semua kwn 2 aq dpt pointer lebih drpd aq. Aq pun tumpang gembira dgn result dorg. Ujian kali ini memg mengajar aq satu benda yg aq x sedar akan buruknya aq ini. Haha hanya aq sorg saje yg paham. Mulai dari saat ini aq akan berjuang berhabis habisan utk mencapai balik kegemilangan aq i2. Oh yeh...... Kenapa org lain leh wat? kenapa aq x boleh buat? Siapa cakap aq x leh wat? aq boleh wat........ Org lain berjaya... aq pun nak berjaya..............

Dalam dunia ni penuh dengan ujian. Adakah aq tgh diuji ataupun ini satu bala pada diriku. Jawapan nya...
jika seseorg i2 Redha dgn ujian yg dia hadapi, tenang jer... itu namanya Allah sedang menguji hamba nya. Jika seseorg itu sentiasa rasa resah dgn itu maknanya itu adalah satu bala supaya seseorg itu insaf dan taubat dgn kesalahannya.

Ujian dtg dlm pelbagai bentuk. Setiap org ade ujian masing2. Tidak sempurna hidup seseorg itu kalau tanpa diuji... Betul x? Betul Kan?

Dah la tu. x tau nak taip ape dah. Wasssalam.

Monday, November 15, 2010

MENGHITUNG HARI...............

Assalamualaikum........
Dah lama gak x update blog ni. Hati ni tengah debar2 menanti keputusan PSPM1. ar................Agaknye aq dpt ke habiskan study untuk sem2 ni Ha? harap2 dpt la habiskan study utk sem2 ni n continue kat universiti pulak. Inilah harapan my parents supaya aq n adik2 aaq dpt studyn kat univesiti n sekurg kurg nye memiliki ijazah.
haiyo.I hope so. kadang2 bosan gak blog ni sebab x tau nak tulis ape. Kesian ko blog. aq ni x de la banyak mase nak mengadap ko hari2. aq x byk mase la. Baik aq mentelaah fizik ke, kimia ke o maths.mesti ko tiap2 hari nyanyi begini la nasib diriku yg malang sebab dpt tuan seperti ini...................
haha...

Ha ni satu l Hal mcm mana la result MUET aq nanti.
dpt band 3 pun jadi la



Monday, November 1, 2010

Al Fatehah...................

Assalamualaikum.................
Cuti ni penuh dgn berita duka. Firstly, mas aq balik dari penang mlm 2 berlakunye letupan gunung berapi ngan tsunami kat Indonesia.. Kesian org kat sane. Kite sbg rakyat Malaysia haurslah bersyukur kerana nagara kite terselamat dari bencana spt i2.

Tapi ade lg 1 berita sedih sgt sampai teraasa lg sampai skrg.cerita nye begini..............................
Lebih kurg pukul 6 lbh (ptg) nak dkt Maghrib, aq dpt 1 berita yg amat memeranjatkan. Tiba2 je
je mak aq terus ckp Angah Khair ( my uncle, abg mak aq) meninggal.Aq terkejut. Aq sendiri tak percaya. Dia selami ni sihat walafiat cuma ade kencing manis la. Menurut sijil mati yg aq baca. sebab kematian beliau adalah acute coronary syndrome ( penyakit berkaitan jantung la).
Meninggal secara tiba2. Dia meninggal kat bendang. Semua org x de mase dia meninggal. Mlm 2 jugak la aq n family bertolak balik kpg. Aq kesian kat anak dia. Yg last skali. Ni ujian bg keluarga mereka. Hingga kini masih lg terasa kehilangan nye.
Semoga beliau ditempatkan ke dlm syurga. Amin.
Al- Fatehah..............

Wednesday, October 27, 2010

Maher Zain Insya Allah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah 2x
Insya Allah you'll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can't repent
And that its way too late
You're so confused wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah 2x
Insya Allah you'll find your way
Insya Allah2x
Insya Allah you'll find your way

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don't let me go astray
You're the only one that showed me the way
Showed me the way 2x
Insya Allah 2x
Insya Allah we'll find the way




Friday, October 1, 2010

The timme is not over........?

Assalamualaikum.......
Is take a long time 2 update my blog. I'm busy with my class, assignment and now EXAM. FINAL EXAM ooo.... its almost around 2 weeks more to take the exam. But till now i'm still not prepare 4 the exam. Actually almost of the my lecturers was target me to get 4 flat. haha....
Its funny right. iam not too genius. But i will try my best. well some time i think that this like a burden or responsible 2 me, but i must think positive. oh I will try.. chayok...
GOGOGO.. gO Shekien... GO Shekien........
my broken english.........................

Exam is a round the corner. I have my own plan. But till now i;m do not do what have I plAN
let' go to study................
bye bye.................


I want to say sorry because of my writing. Please help me to right my english.
ok
lalalalla.....................

Tuesday, August 3, 2010

Apa nak Jadi?

Assalamualaikum.
hm.. dah lam a tak update blog ni. Ari aq rasa penat .....sgt, sedeh.. x tau la. Ape nak jadi entah ngan aq ni. AQ takut ngan result ups aq. Camne le result nye. Ari 2 pun jwb je. knapa ye aq mcm x de rase pape pun mase exam ari 2. Nak kata aq pandai, x de le. dah la aq byk malas sem ni. AiYa! harap2 result 2 x de le mengecewakan aq. nak kata aq x study, aq study je. Cuma aq study x rase kepuasannya. Ah!!!!!!!!!!!!!! Ya Allah berikan lah aq kekuatan utk terus berjuang di jln mu ini Ya Allah. Knapa la aq rase malas sgt?
Tad aq telah melakukan sesuatu yg membuatkan lecturer rase marah kat aq. Aq rase sedeh sgt. sebab wat dia marah. Pas ni mesti dia angap aq ni seorg yg memiliki attitude yg x elok. hm..........
X pe lpas ni aq buktikan pd dia aq bukan mcm TU. Aq seseorg yg mempunyai peribadi yg positif. Risau nye ressult UPS. AQ kene ubah diriku utk jad yg positif. Buktikan NORASHIKIN. Do The BEST if you want 2 get THE BEST.

Friday, July 30, 2010

Sejarah Palestin dan Israel

Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau. Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan 'Tanah Yang Dijanjikan Tuhan' kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka. Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).


Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka. Kita tahu melalui al-Quran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut. Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam al-Quran, betapa kaum ini semakin lama semakin besar kepala, meminta yang pelbagai daripada Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin). Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia. Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.


Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Empayar Islam semakin berkembang dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah. Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi mengalami pelbagai perubahan daripada sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan gereja.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan ‘fatwa' mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades). Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.


Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan. Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada nama. Empayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya Perang Dunia Pertama. Perang ini terdiri daripada dua kuasa besar; iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Rusia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Itali menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkau hingga ke Algeria dan Sudan manakala negara-negara utara Afrika dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara oleh Rusia, menyaksikan Rusia menawan kawasan utara kerajaan Islam. Perlu diberi perhatian bahawa pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa dan kerajaan Islam disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.


Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisme Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal I, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain. Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan, "Hari ini, Perang Salib sudah berakhir".

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 penduduk sebelum itu kepada mencecah setengah juta penduduk, manakala penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil daripada Yahudi ketika Deklarasi tersebut merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak Setiausaha Luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Dek terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour:

"Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?"

"Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!"

"Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!"

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin. Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour. Pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Bertitik tolak daripada situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.


Kejatuhan Turki Uthmaniyyah

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu, "Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?"

Lord Curzon menjawab, "Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam".

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan. 3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, Khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.


Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan Euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan hampir seramai 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh. Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.


Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah Holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan. Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lalu pemisahan Palestin dideklarasikan. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama ialah Chaim Weizmann.


Palestin Sekarang

Sedari peristiwa Holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat Holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya dua; sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam yang menyokong perjuangan Palestin.
0
Di manakah kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti. Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.

Monday, May 3, 2010

Petua Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).


8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat


**Jangan bertangguh lagi.. Jom kita sama-sama mengamalkannya **

Wednesday, April 28, 2010

Perjuangan selama setahun...............

Bismillahirrahmannirrahim.........................

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu..................


Rasenye DAH LaMA gak x uPDate ni.............

Di sini nak kongsi la sedikit kegembiraan...........hehe....... Perjuangan selama setahun sudah berakhir

27 APRIL 2010. Tarikh keramat yg x dpt aq lupakan. Tarikh inilah yg menunjukkan perjunganku selama SEtahun mendtgkan hasil. Aq telah dikurniakan result yg tidak ku fikirkan.


Aq telah memperoleh kejayaan yg mampu mengembirakan ke2 ibu bapaku. Alhamdulilah. Gagal sekali x bermakna gagal selamanya. Aq Bersyukur dgn nikmat yg ALLAH kurniakan.

AQ telah dpt 4 flat dlm PEpERIkSAaN aKHIr bAGI PDT. aq hanya target 3 above only..............

aq x sangka.................

SYUKUR...........................

Alhamdulilah..........................




Thursday, April 22, 2010

19 HADITH MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


Koleksi Artikel iLuvislam.com

Tuesday, April 13, 2010

Aurat Wanita Dari Al-Quran Dan Hadis

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, March 9, 2010

Cinta vs. Suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.


Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Friday, February 26, 2010

26/02/2010

Asalamualaikum..................

Hari ni genaplah 19 thn umurku.....
Ae......... dah tua.. benci betil la.....

Doaku setelah berusia 19 tahun................

1. Menjadi anak yg Solehah.
2. Perempuan yg memiliki Akhlak yang mulia.
3. Yabah dflm menghadapi dugaan hidup.
4. Berjaya Hidup di dunia dan Akhirat

Amin............................

Sunday, February 14, 2010

Slamat tahun Baeu Cina

Di cni sy ingin mengucapkan sklamat thun baru Cina kepada sesiapa yg menyambutnya
hehe....
Tad mkkm sate byk sgt2x.ah dah malam ni ngantuk la plak.
aq kat kpg skrg ni

ar............ tidak pagi Selasa nak balik dah.........................

Thursday, January 21, 2010

Khamis 21/01/2010

Assalamualaikum

Dah 21 hari dah kitedlm thn 2010. Kalo mengikut bln Islam dah msk bln Safar dah pun. Adakah azam kite sudah tercapai????

Ari ni ade quyz math. Aku jwb jele semampu aq. Kali ni aq x tanya org, sbb aq rase bersalah kat ckgu ari 2.Walaupun aq dpt full mark ari 2, tap aq xpuas ati sebab aq ade tanye org.Aq jwb je semampu mane. hehe.... Sbnrnye agak sng gak kot tad tap ade yg aq lupa cara nak jwb soalan last skali 2. Ape le Shikin ni.This week memg aq busy. Mlm ni jele relax ckit. Tap esk ade tutor Fizik. Alamak aq x ciap lg la. ckit je lagi. Sab2 n Ahad hjg mgu ni aq nak siapkan semua keje, byk la gak.



Jgn malas ek.

Monday, January 11, 2010

Hukum Menonton dan Memasuki Panggung Wayang

Assalamualaikum..................

Today, cinemas is the one FAMOUS place in Malaysia.bUT, TILL NOW HOW MANY PEOPLE knows about the story about cinemas................ hehe.....
More Muslims came to the house of God against Satan.

WARNING! Follow the entire article until the last line, so you really will clear yhe legal.

Soalan :Apakah hukum mengikut pandangan ulama' tentang masuk ke panggung wayang?
Jawapan:
Hukum masuk ke panggung wayang adalah berdosa kerana penuh dengan unsur-unsur yang ditegah oleh hukum syarak.

Panggung wayang adalah benda baru dan tidak ada nas yang mengharamkan panggung wayang. Namun sesuatu yang tidak diharamkan lizatihi ( kerananya ) berkemungkinan diharmkan lighoiri ( disebabkan hal-hal yang mendatang ). Sebagai contoh cerita yang ditayangkan adalah kisah hidup ulamak, namun kedudukan dalam dewan panggung bercampur dan bersebelahan dengan bukan mahram. Ini mengundang kepada pengharamanya.

Maka panggung wayang kini boleh jadi haram kerana beberapa sebab :-

1. Cerita yang ditayangkan (mengandungi unsur-unsur haram di sisi Islam)
2. Kedudukan yang bercampur antara lelaki dan perempuan
3. Mengundang fitnah


Sekiranya kita berjaya membuang semua sebab yang membawa kepada pengharamanya , maka bukanlah suatu perkara yang pelik jika selepas ini kita katakan bahawa panggung wayang dibenarkan .

Saya nak tahu, apakah hukum menonton wayang? Ada orang kata ia HARAM kerana ia merupakan tempat yang bercampur dengan maksiat. Contoh pergi menonton wayang besama isteri filem Cicak Man. Bagaimana pula jika membeli DVD Cetak Rompak, dengan alasan bahawa menonton wayang adalah HARAM. Boleh sahabat al-ahkam huraikan.

wa’alaikumussalam
Kami akan menjawab soalan zaliasma dengan kadar yang termampu, Insyaallah.
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :

لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي
إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في
شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:
“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:
Syarat-syaratnya :-

1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.

Tetapi pada hakikatnya, adakah pawagam atau panggung wayang yang sedia ada pada hari ini mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan tersebut? Adakah benar tidak mengandungi unsur-unsur kurang sopan, tidak bercampur baur lelaki dan wanita, tidak mengundang fitnah dan tiada unsur-unsur yang mengundang bala' daripada Allah? Sudah tentu tidak, ia langsung tidak memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas malahan mencabar hukum Allah dan mengajak manusia lalai daripada mengingati Allah.

Maka haramlah ia seperti mana yang disebut dalam soal jawab JAKIM kerana pawagam-pawagam yang ada pada hari ini jelas mengandungi unsur-unsur yang melanggar syara' dan batas-batas agama.
Adakah anda ingin mencabar Hukum Allah? Silakan...
Dari Abu Hurairah, dia berkata: “Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam: ‘Sebahagian dari kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya’ .” Riwayat Tirmizi, hadith Hasan

p/s: Dah berapa kali berkunjung ke rumah Allah tahun ni berbanding berkunjung ke rumah Syaitan ?

Wallahuakam....




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, January 8, 2010

Story...story...story

Assalamualaikum (gaya mcm Haziq bg salam) hehe...

dia,txHa ada 1 kesah ni, Mak Ngah msk hsptl. Sb ape? Dia pth tgn. Dia kata mcm ade org tolak ap tau btl ke tidak, kdg2 perasaan kite je.Smlm aq g hsptl jmp Dr. HENSEM punye tap dia dah ade makwe kot???? hehe....Ha kalo aq dpt dokter 1 ari nanti bes gak.huhu......

Hm. mungkin ini 1 ujian bg Mak Ngah n Pak Ngah.

Wasalam

Wednesday, January 6, 2010

Hargai Air Mata Wanita

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?" "Kerana aku seorg wanita". kata si ibu kpdnya. "Aku x mengerti", kata anak i2. ibunya hanya memeluknya & brkata, "Dan kau x akn prnh mengerti". Kemudian anak laki2 i2 brtanya kpd ayahnya, "Mengapa ibu suka nangis tanpa alasan?" "Semua wanita nangis tanpa alasan", hanya i2 yg dpt dikatakn oleh ayahnya. Anak laki2 kecil i2 pun lalu membesar menjadi seorg laki2 dewasa, tetapi ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begi2 mudah menangis?"



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tuhan berkata:
"Ketika aku menciptakan seorg wanita, dia diharuskan utk menjd seorg yg istimewa. aku membuat bahunya cukup kuat untuk menapung dunia, namun, harus cukup lembut utk memberikan keselesaan"



"Aku memberikannyakekuatan dari dlm mampu utk melahirkan anak & menerima penolakan yg seringkali dtg dari anak2 nya"
"Aku memberinya kekerasan utk membuatnya tetap tabah ketika org2 lain menyerah, & mengasuh keluarganya dgn penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"

"Aku memberinya kepekaan utk mencintai anak2 nya dlm setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sgt menyakiti hatinya"

"Aku memberinya kekuatan utk menyokong suaminya dlm kegagalannya & melengkapi dgn tulang rusuk suaminya utk melindungi hatinya"

"Aku memberinya kebijaksanaan utk mengetahui bahawa seorg suami yg baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadangkala menguji kekuatannya & ketetapan hatinya utk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhinya, Aku memberinya air mata utk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya utk digunakan bila2 masa ia perlukan"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yg dikenakannya, rupa yg ditampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya"

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana disi2lah pin2 hatinya-tempat di mana cinta i2 ada"


Renung2 kan lah setiap wanita... betapa istimewanya anda disisi Tuhan... betapa berharganya seorg wanita...Lakukan apa disuruh dan tinggalkan apa yg dia larang, InsyaAllah tempat anda ada di "sana"...

Monday, January 4, 2010

Bercuti selama 2 mgu.....

Assalamualaikum...............

Ape khabar wahai bog daku.Dah lama x update.x de mase le.Almaklumla.pelajar pintar la kan. Update pun bile ade mase je, i2 pun time cuti kat rumah.Yele aq ni x de la laptop nak selaloo update blog.hmmm............ ha nak tau x family aq gi MELAKA time aq x cuti.
herk....herk..herk.. sedih la x tunggu aq pun.em x pe aq x kesah sbb pg Melaka je. lain pg Paris ke, Korea ke, aq jealous le. hah Korea???? bestnye!!! Cuti ni byk gak assingment kene wat. Ish kalo dah name nye studeny mesti le ade asgnmnt. Susah2 dahulu seng2 kmdn. ceh wah pandai gak aq nak berperibahasa.Peribahasa eK? Entah le!Hish knapa aq rase blog aq ni x lawa le? kene tukar layout ni. X cantik lgsg.Tap nanti aq update hilang semua gadget yg aq wat plak.Harap2 kali ni x le?Adik2 semua dah skola. cuma yg sorg 2 je. dia masuk skola next week. al- maklumla SBP la katakan. Asrama penuh 2. Ape2 pun aq bangga sbb aq pandai la gak. yele boy la katakan.Actually dlm family aq ni ade gak adk laki.Biar la dia pandai sampai besar & x lupe diri.