Pages

Monday, March 11, 2013

Happy Belated Birthday Cik Shikin

Assalamualaikum. 

Hari ni Cik Shikin nak share satu benda yang menggembirakan hati Cik Shikin. Nak tau apa benda? jeng...jeng...

Sabtu lepas Cik Shikin sambut birthday Cik Shikin. Setelah 10 tahun x sambut dan pada ari tu jugak la kwn2 Cik Shikin berjaya kenakan Cik Shikin. Sebenarnya birthday Cik Shikin 26 Februari. Tapi, masa tu kan cuti semester. So, diorang sambut la bila dah masuk semester baru ni. Kawan2 Cik Shikin sambut birthday Cik Shikin ngan kwn Cik Shikin iaitu Izzati Bariah. 

Nak tau apa benda apa yg dorg berjaya kenakan Cik Shikin? Haha...Ceriternye begini...

Ada la sorg kwn Cik Shikin ni namanya Dayah. Dayah datang la bilik Cik Shikin mengadu dia bergaduh dgn kwn Cik Shikin ni namanya Nana.Siap x nak satu group lagi wat assignment. Macam gaduh besar je. Padahal x pun. Just kecil ati sebab wat assignment Bel. Cik Shikin pun pelik, x kan pasal tu dorg gaduh besar. Dalam fikiran Cik Shikin macam mana la nak setle kan masalah dorg ni. Padahal kawan dah lama. Nak dipendekkan ceriter Cik Shikin ajak la pergi bilik si Nana ni. Nak settle kan problem dorg la. Dah tu Dayah ni main hempas2 pintu pulak. Lagila pusing fikiranku. 

Lepas tu, ada pulak la kawan Cik Shikin yang lain datang iaitu Syila. Syila dok tanya la kenapa Dayah hentak2 kaki. Mcm marah je. Cik Shikin cakap la x tau. X de pape tu. Last2 tiba2 je Dayah n sorg lagi kawan Cik Shikin, Madah, wish happy birthday. Cik Shikin tanya la kat Izzati birthday sape? Izzati pun x tau. Rupa2 nye dorg nak sambut birthday Cik Shikin. Siap ada kek lagi. Secret Recipe you...



Oh dalam bilik tu pun ada lagi kepala sekutunya iaitu Ina. Hrmmmm.... You are the best one my friends. I love uallz ketat2. Muah....Sabar je le ngan dorg ni. Apa2 pun thanks.

  1.  

I'm very Happy. I got 2 presents from them. Yeeha... Yeepi...


Tada...






Wassalam..

Wednesday, February 27, 2013

Nikah Kahwin Sedara Mara

Assalamualaikum. 

 Sudah lama juga Cik Shikin tak tulis blog ni. Hrmmm...agaknyaentry kali ni best x? Haha.... baca je la ek walaupun x menarik. Cuti kali ni dipenuhi dengan jemputan walimatulurus dari sepupu2ku. 

Pertama, masa minggu first Cik Shikin cuti, dah ada jemputan iaitu daripada dua pupu Cik Shikin. Apalagi, orang dah jemput pergi jelah. Makan free kan. X de la rapat sangat ngan pengantinnya tu, tapi kira sedara kan. Kita kena pergi tau jemputan walimatulurus ni kalo kita ada kelapangan. 

Hrm.... pada 9 Feb lalu, Cik Shikin pergi la ke Negeri Sembilan utk iring pengantin iaitu sepupu Cik Shikin. Dari akad nikah sampaila ke Majlis sambut menantu Cik Shikin sertai tapi Majlis berinai Cik Shikin x join la pulak. Ermmm... ada citer masa akad nikah tu tau. Sepupu lelaki Cik Shikin yang nak kahwin ni. Dapat pulak org nogori.

Menurut apa yang Cik Shikin perhatikan  akad nikah lafaznya  begini : 'aku terima nikah...' Tapi bukan begini: ' aku terima nikahnya...'Pak imamnya x nak ada nya. Sebab katanya 'nya' tu untuk benda. Hrmmm...Oh begitu. 

Sebenarnya bagus tau hadiri majlis akad nikah ni. Ia satu motivation utk diri kita.Bole dengar khutbah nikah. Banyak isinya. Sebagai contoh menerangkan tanggungjawab. Sama ada suami mahupun isteri, masing2 ada tanggungjawabnya. Dah lama gak x tk org dinikahkan ni. Itupun last masa kecik2. Manalah paham masa tu. Tau main jer...

Tanggal 23 Feb yg lalu pulak kakak dia pulak yang kahwin. @4 hb bulannya kenduri. Kiranya ada 2 psgn la masa kenduri tu. 

Apa yg Cik Shikin yg nak simpulkan di sini adalah tanggungjawab suami dan isteri. Ermmmm... Mcm2 tanggungjawabnya.... jaga maruah la, mcm2 lg. (Ah nanti kalo aku kahwin tau la)

Sekian, Wassalam




Monday, January 21, 2013

Cerita Semester 3

Assalamualaikum....

Hello my dear readest. How are u 2day? Hari ni sudah selesai sudah exam utk sem ni. Alhamdulilah. Ada pahit manisnya untuk sem ni. Macam2 ceriter. Yang paling seronoknya sem ni Cik Shikin banyak berjalan. 

Awal2 semester cik Shikin pergi Bukit Ayer. Tempatnya not bad la. seronok. Air pun bersih. Kena pandai cari pot la. Nak tengok gambar x? Tada...




Pergi Jitra pulak!


j

Sportday Bafin lah.

 

Seronok sangat.

Cik Shikin akan ingat semua kenangan manis masa semester 3 ini. semoga semester depan lagi banyak benda yang cik Shikin dapat pelajari n dapat banyak lagi pengalaman hidup. Wassalam. 

 

Thursday, January 10, 2013

Pengajaran Masa Lalu

Assalamualaikum.... 

Di sini ada satu pengalaman yang boleh kita semua ambil pengajaran melalui kisah hidup Cik Shikin. Suatu hari ada seorang sahabat telah bertanya kepadaku, "Jika masa diputarkan ke blakang, apakah benda yang kau akan buat?" Kemudian aku berfikir dan lantas ak terus berkata," andaikah masa boleh diputarkan, aku rasa aku akan ambil kelas akaun masa zaman aku sekolah dulu. Sebab sekarang pun aku belajar kos business. Tapi aku kena fikir positif. Mungkin Allah nak aku belajar semua benda dalam dunia ni. Hidup kita telah diaturkan". Begitulah ceritaku padanya. 

Ya, memang ku akui kadang2 aku terfikir juga kenapa Allah aturkan ku begini. Ya, aku harus berfikiran positif. Ternyata DIA Maha mengetahui. Tapi aku seronok dengan kehidupan aku sekarang. Gembira dan dikelilingi orang2 yang sayangkan aku. Aku happy sebagai seorang student finance. Suatu benda yang baru dalm hidup aku. Kini, dah 3 semester pun aku. Alhamdulilah, walaupun pointer aku x de lah sehebat mana, tapi aku bersyukur masa beraada dlm 3++. Alhamdulilah. 

Ada lagi benda yang aku ingin kongsikan. Jangan tolak rezeki Allah. Allah telah menjanjikan kita sesuatu tapi kita menidakkannya. Sebagai contoh, apa yang terjadi pada diri aku sendiri. Dahulu, masa aku pindah sekolah MAAHAD Kajang, sebenarnya aku x nak pun pindah sekolah sebab hati aku hanya ada pada sekolah lama ku di Kuala Selangor. Sebab aku rasa aku seronok di sana. Tapi ibu bapaku berkeras juga untuk memindahkan ku. Aku turutkan sahaja kehendak mereka. Walaupun dah berpindah, setiap hari akan aku doa supaya aku dapat pindah balik ke sekolah lamaku. Namun, tiada Izin dari-Nya. Pelajaranku tunggang langgang sebab hati aku x redha dengan ketentuan. Nah, akhirnya result SPM  aku kurang baik. 

Pengajarannya, jangan menidakkan rezeki Allah. Ternyata memang ada rezeki aku di sekolah baru tetapi aku tidak berusaha. Ya, rezeki akan ada kalau kita berusaha untuk mendapatkannya. Jika aku tetapka hati untuk menerima ketentuan itu ternyata akan aku usaha sebaiknya. 

Ternyata pengalaman yang lalu membuatkan aku terfikir dan terus berfikir serta berusaha supaya pengalaman yang lalu x kan berulang kembali. Alhamdulilah sekarang aku Redha dengan ketentuanmu.





"No one can go back and change a bad beginning, but anyone can start now and create a successful ending". 








 

Sunday, January 6, 2013

Setelah beberapa bulan x mengupdate.

Assalamualaikum....

Dah lama gak Cik Shikin x update blog. hmm... Biasa la erlampau sibuk ngan menjalani kehidupan sebagai seorg pelajar. Sepanjang ketidak updatekan blog ni, banyak juga benda yg berlaku kat diri Cik Shikin ni. Mcm2. Kalo nak kongsi dlm entry rasanya memg x la. Cik Shikin skrg tgh busy mentelaah pelajaran untuk score pada semester tiga ni. Semoga berjaya ya Cik Shikin.

That's all for today. Wassalam.