Pages

Thursday, September 22, 2011

Ujian Untuk Diriku.

Assalamualaikum. Kini sudah masuk minggu ketiga aku menetap di sini. Pelagai ujian aku tempuhi. Semasa waktu pendaftaran aku telah diuji. Sistem Pengurusan di sini amatlah serabut. Sampai ke hari ini keserabutan itu berterusan sehingga menggangu waktu pembelajaranku. Mulanya, aku tidak dapat duduk kolej tapi entah bagaimana nya ada kekosongan. May be ada tempat tapi pihak kolej tidak buka banyak la. Akhirnya aku dapat juga duduk kolej. Kemudahannya amatlah bagus. Aku dapat bilik di tingkat bawah. Tapi, aku telah diuji dengan roomate aku yang sebelum ini aku tidak pernah bergaul dengan orang seperti mereka. Ini ujian paling besar dalam hidupku. Solatnya entah ke mana.dan entahlah aku x tau nak cerita macam mana. Ya Allah kenapa aku diuji dengan ujian seperti ini? Aku tidak pernah menyangka sebegini rupa ujian yang kau berikan. Ya Allah tabahkan lah hati hambamu ini Ya Allah.
Berikanlah aku jalan untuk menyelesaikan masalah ku ini Ya Allah. Hari ini, Aku pergi kelas Ekonomi tapi entahlah pengurusan kat sini tidak sempurna. LCD x leh pasang. terpaksa guna kayu nak pasang LCD. Korang faham kan macam mana? x de remote nak onkan benda 2. Sehingga kini masih x belajar2 apa2 lagi Ekonomi. Ni satu hal lgi, aku ditawarkan kos Sarjana Muda Perntadbiran Perniagaan Kewangan. Satu benda yang baru buat diriku. Aku x pernah terfikir sehingga ke arah ini. Sebelum ini aku study Sains. Target aku hanya satu untuk further syudy dlm subjek Math. Tapi ternyata rezeki aku bukan di situ. Aku terpaksa Redha. Namun aku bersyukur aku dikurniakan classsmate yang baik. Alhamdulilah. Syukur. Ok lah lain kali kite citer ek.

Thursday, September 15, 2011

Perasaan Ini.

Mengapa perasaan ini perlu hadir
Sedangkan aku masih merangkak
Mencari keyakinan hidup
Yang Abadi

Aku melangkah ke dunia yang baru
Yang aku pasti penuh dengan onak durinya
Aku hanya mampu berdoa supaya aku tidak lalai
Dengan keduniaaan yang pasti hanya sementara

Ya Allah bantulah aku
Dalam mengatasi dugaan ini
Sesungguhnya masih banyak lagi
Yang pasti akan hadir dalam hidupku

Biarlah is menjadi perasaan sementara
Kerana aku yakin perasaan itu akan hadir pada diri setiap manusia
Itu hanyalah perasaan
Yang boleh ditangkis atas usaha aku sendiri

Ya Allah aku mohon pertolonganm
Dalam mengatasi perasaan ini.

Dunia Baru Seorang Mahasiswi

Assalamualaikum... Wah dah lama nye x jumpe awak.Kehidupan baru.... Entah le x tau cakap cam na. Ada yg best ada yg x best. Kat cni aq rapat ngan budak matrik dulu. Tapi dulu kat matrik x de la rapat cam ni. Aq asyik gelak je ngan dia. Ada je benda yg aq nak gelak ngan dia. Haha.MR. Rabbit la. Itu kwn aq yg bagi. Cam na entah boleh panggil Arnab. Lain kot dari Arnab. HHaha. Tapi kalo aq jumpe Mr. Rabbit ni mesti aq nak gelak. Budfet lebih. Bosan la sekarang. Sebab x byk keje lagi. Hehehe. Nanti byk keje aq nak jumpe ko. HHehe.

Monday, August 1, 2011

5 Bonus Khas Ramadan

(Petikan dari Solusi Isu No. 34)
Insya Allah sama - sama kita kongsi.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : 
"Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat - umat terdahulu ketika Ramadan iaitu 


  1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi dari kasturi di sisi Allah.
  2. Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka. 
  3. Allah memperintahkan syurga - Nya setiap hari dan berfirman: "Hampir - hampir hamba- Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu." (Merela sanggup bersusah - payah di dunia demi kebahagian hidup di dunia dan akhirat)
  4. Syaitan - syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti bulan  bulan selain Ramadan.
  5. Mereka akan dapat keampunan pada akhir malam ( Orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya )." Mengenai onus kelima ini ada sahabat yang bertanya kepada Rasulullah s. a. w. " Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab : "Bukan tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalannya". (Riwayat Ahmad)

Sunday, July 17, 2011

Ternyata, Dialah yang Terbaik Buat Diriku.

Wahai HATI, kenapa jadi begini, keruan, keliru mencari kebenaran yang pasti. Adakah ini satu kebenaran atau satu pilihan. Hanya HATI sahaja yang mengetahuinya. Duhai HATI tenangkanlah dirimu. dwti demi detik HATI ini tertanya- tanya mana penghujungnya cerita ini. Bila akan tiba HATI in akan bergembira. Ternyata HATI harus bersyukur. Bukan menyalahkan takdir. Ini telah dijanjikan oleh kamu HATI. Terimalah seadanya. HATI perlu dicuci dengan zikrullah agar segala ketentuan mampu diterima bukannya menolaknya. Ya Allah banyulah HATI untuk menerima ketentuan Mu. Ternyata ia adalah terbaik buat dirimu. Ternyata juga ia telah tertulis untuk memenuhi masa hiduomu. Duhai HATI bukakanlah pintu untuk dirinya. Ternyata DIA terbaik buat dirimu.