Pages

Wednesday, April 22, 2015

Barakah

Assalamualaikum W.B.T.

Keberkatan di dunia dan juga akhirat. Itu merupakan tanggungjawab yang harus kita cari. Bahasa Arabnya Barakah iaitu dengan erti kata lain mendapat keredhaan Allah. Saya ingin kongsi satu cerita..

Ini cerita berkaitan dengan orang sekeliling saya. Cerita sebuah keluarga. Yang anaknya tidaklah begitu bijak di zaman sekolah. Pengajian di univeristi pun tidaklah di dalam bidang profesional. Tapi,di alam kerjanya, mereka berjaya. Bapanya seorang Imam di masjid. Hebatkan. Inilah namanya BERKAT. Ada anaknya menjadi seorang farmasi, majistret, bakal polis dan bakal ilmuan Islam perhaps in the future. Anak2nya adalah sepupuku sendiri. Walaupun mereka biasa2 je di alam pelajaran tapi kerjaya mereka hebat. Kagum dengan keluarga mereka. Berkat hidup. Bapanya seorang |Imam yang mengimamkan makmumnya, mengajak orang solat bersama. Masya Allah, Allah beri ganjaran kepada keluarga mereka. Walaupun mereka berjaya, merekan tak lupa jasa ibu bapanya. 


Guru. Aku respect pada siapa menjadi guru. Guru ataupun cikgu jika dia memberi ilmu dengan ikhlas, Insya Allah akan ada pulangannya pada mereka ataupun orang yang mereka sayang. Aku x ingin jadi cikgu tapi aku ingin jadi pendidik/ Tidak kisah lah pensyarah ke, kounselor kewangan ke, janji boleh kongsi apa yang kita adaa. Ingat apa yang kita lakukan di dunia dengan ikhlas, Insya Allah ada ganjarannya kelak. 


Suara Hati,
Cik Shikin


No comments:

Post a Comment

you can comment my post