Pages

Friday, December 9, 2011

Tentang Dia

Assalamualaikum



Pada hari ini sy ingin bercerita tentang seorang hamba Allah ini. Hidupnya penuh dengan pelbagai ritangan hidup. Namus, dia akur akan suratan hidupnya. Lahirnya dia di dunia ini hanyalah untuk menjalankan tanggungjawab kepada penciptanya. Hidupnya ada pasang surutnya. Tidak indahlah hidup tanpa suka dan duka. Hidupnya seumpama graf yg ada turun naiknya.

Seawal usia persekolahannya, dia mampu memperoleh kecemerlangan dalam pelajarannya. Namun, tidak sebaik kawan2nya. 

Tapi dia bersyukur kerana dengan kekurangan yg dia miliki, dia mampu memperoleh keputusan yang boleh dikatakan baik berbanding org lain yg memiliki kekurangan seperti dia. Sehinggakan keputusan PMRnya pun boleh dapat result yang cemerlang. Ibu bapanya pun tidak sangka dia memperoleh result seperti itu. 

Doktor yg merawatnya juga tidak menyangka manusia yg telah ditarik satu nikmat oleh Tuhannya mampu memperoleh result yg cemerlang.
 Mamanya pernag berpesan kepadanya. “jika Allah telah tarik satu nikmat kita, Allah akan bagi kita satu nikmat yang lain.” 

Setelah dia mendengar ayat  yg keluar dari mulut mamanya sendiri, membuatkan dia terus bersemangat untuk mengharungi liku-liku yang mendatang.

Disebabkan kekurangan yg dia miliki, dia agak sukar untuk belajar. Namun, dia bersyukur kerana kawan2 nya selalu membantunya. Yang menariknya, siapa yg pernah membantunya pasti akan memperoleh kejayaan.

 Inilah namanya berkat membantu org  sepertinya. Lihatkan, kalau kita membantu orang, kita akan dapat hasilnya. Tapi, kita kena ikhlaslah dalam membantu orang dan jangan mengharapkan balasan darinya. 

Kini, dia sudah melangkah ke alam university yang dia sendiri tidak menyangka dia sendiri boleh sampai ke tahap ini. Setelah masuk ke alam pengajian tinggi, pelbagai cabaran juga dia perolehi. Namun, ujian ini jugalah yang mematangkan dirinya.

 Dia harus kuat. Setelah 4 tahun dia berhempas pulas berjuang dalam subjek sains (physics, chemistry, biology(2 thn je)), dia beralih arah ke bidang business. Sedih pun boleh jadi jugak. Actually, dia sebenarnya nak sambung bidang yg berkaitan ngan math, tapi sudah rezeki dia kea rah itu. Yg sebenarnya dia rasa seronok n bersyukur jugaklah sebab dia telah belajar mcm2 benda dari dlm mcm2 bidang.

 Ya! Org lain yg memiliki kekurangan seperti dirinya juga tidak mampu sampai ke tahap ini. May be ada, tapi tidak ramai.

Dia sebenarnya teringin nak jumpa org lain yg memiliki kekurangan sepertinya. Sekadar ingin bertukar- tukar pendapat, berkongsi cerita. Dia harus berjuang dan terus bersabar dengan ujian yang dianugerahkan kepada dirinya. Dia dikelilingi org2 ang baik. Alhamdulilah.

Melalui kisah ini, pelbagai pengajaran kita boleh amek. seperti bantu mebantulah kita sesama manusia, bersyukurlah dengan kurnian darinya serta berusahalah di dalam hidup selagi anda mampu memperoleh apa yg anda mahukan dalam hidup.

Last but not least, I wil be back! Smile







No comments:

Post a Comment

you can comment my post