Pages

Wednesday, December 16, 2015

#KamiSerangTioman

Hello and Assalamualaikum readers. Sudah lama Cik Shikin tak update blog. Entry kali ni nak cerita pasal percutian Cik Shikin ke Pulau Tioman bersama classmates masa dekat UiTM dulu. Kesemuanya 10 orang termasuk Cik Shikin sendiri. 7 perempuan dan 3 lelaki.

Percutian kami selama 3H 2M. Kami menngunakan feri dari Tanjung Gemok untuk ke Pulau Tioman. Dari rumah kami naik kereta la. 3 kereta. Cik Shikin naik kereta kawan Cik Shikin , Atin. Satu-satunya pemandu perempuan dalam trip ni. Perjalanan kami sangatlah lama. Dari Shah Alam ke Tg Gemok mengambil masa selama 5 jam+++. Huh.. Sangat jauh dan lama. Kami ikutt jalan jauh lalu Johor sebab highway situ lurus je. Boleh je lalu Kuantan tapi jalannya tak mengiziknkan kami untuk lalu jalan tu. Kami berolak dari Shah Alam pukul 4 pagi. Huh... Felda kat Johor pun kami redah. Okey.. dalam kereta dah lama dah. Dalam feri pulak pun lama. 2 jam lebih kot. Mabuk laut jadinya.

Kami menginap di Kg Slang, Pulau Tioman. It's beautiful island. Tak rugi datang. Pengalaman yang sangat best. Okey sampai sini dulu entry kali ni. nanti Cik Shikin sambung ye. Bye...









Suara hati,
Cik Shikin

Wednesday, May 6, 2015

Kenduri Kahwin Puan Sharida

Assalamualaikum semua. 

Entry kali nak cerita pasal kenduri kahwin Puan Sharida. Puan Sharida ni my lecturer when I wan in UiTM. Dia ni pernah la ajar aku dua semester. Subjek Corporate Finance dan Issues and Ethics in Finance. Alhamdulilah, dua2 subjek ni aku dapat A. Siapa yang komited dan rajin dalam kelas lecturer ni Insya Allah dapat lah A. Dulu kitorang panggil dia Miss Sharida. Sekarang Madam/Puan Sharida la. 

Kenduri dia kat Tapah, Perak. Berjalan jauh la aku. Nasib baik ada orang bawakkan. Terima kasih kawan-kawanku yang sudi membawa diri ini bersamamu. Cewah.... Fuhh... Disebabkan kenduri kahwin ni la aku dan kawan-kawan aku dapat berlumpul setelah sekian lama x berjupa. Diorang ni lah di anatara kawan-kawan aku masa zaman belajar dulu. Teman melepak, teman mengusik, teman bergurau n bla...bla...Ohh.. I miss my atudent life...

Ni lah antara gambar2 yang aku ada. Itupun ihsan dari kawan-kawan aku. Kamera diorang cantik. So apalagi balun la. 


Diorang ni antara classmate aku. Sporting semuanya. Ni je la yang boleh datang dan sempat bergambar.




Kami ni hantu selfie. Pantang nampak kamera. Dari zaman belajar lagi suka berebut nak masuk muka dalam kamera. 


Ni lah wanita berkerjaya. Alhamdulilah. 


Gambar ni pengantin lelaki yang amek kan. Sporting....

Okey sampai sini saja untuk entry kali ni. Bye n Assalamualaikum...


Suara Hati, 
Cik Shikin 



Monday, May 4, 2015

The Secret of Success in Life

Assalamualaikum...

When I woke up this morning i asked myself "What are some of the secret of success in life? " I found the answer right here in my room. 

The fan said "Be cool."

The roof said "Aim high."

The window said "See the world."

The clock said "Every minute is precious."

The mirror said "Reflect before you act."

The door said "Push hand for your goal."

The carpet said "Kneel down and pray/"

"Have a nice day" 



-copy & paste-

Wednesday, April 22, 2015

Barakah

Assalamualaikum W.B.T.

Keberkatan di dunia dan juga akhirat. Itu merupakan tanggungjawab yang harus kita cari. Bahasa Arabnya Barakah iaitu dengan erti kata lain mendapat keredhaan Allah. Saya ingin kongsi satu cerita..

Ini cerita berkaitan dengan orang sekeliling saya. Cerita sebuah keluarga. Yang anaknya tidaklah begitu bijak di zaman sekolah. Pengajian di univeristi pun tidaklah di dalam bidang profesional. Tapi,di alam kerjanya, mereka berjaya. Bapanya seorang Imam di masjid. Hebatkan. Inilah namanya BERKAT. Ada anaknya menjadi seorang farmasi, majistret, bakal polis dan bakal ilmuan Islam perhaps in the future. Anak2nya adalah sepupuku sendiri. Walaupun mereka biasa2 je di alam pelajaran tapi kerjaya mereka hebat. Kagum dengan keluarga mereka. Berkat hidup. Bapanya seorang |Imam yang mengimamkan makmumnya, mengajak orang solat bersama. Masya Allah, Allah beri ganjaran kepada keluarga mereka. Walaupun mereka berjaya, merekan tak lupa jasa ibu bapanya. 


Guru. Aku respect pada siapa menjadi guru. Guru ataupun cikgu jika dia memberi ilmu dengan ikhlas, Insya Allah akan ada pulangannya pada mereka ataupun orang yang mereka sayang. Aku x ingin jadi cikgu tapi aku ingin jadi pendidik/ Tidak kisah lah pensyarah ke, kounselor kewangan ke, janji boleh kongsi apa yang kita adaa. Ingat apa yang kita lakukan di dunia dengan ikhlas, Insya Allah ada ganjarannya kelak. 


Suara Hati,
Cik Shikin


Saturday, November 22, 2014

Masa Depan

Apa yang ku patut fikirkan?
 Merancang ataupun ikut sahaja haluan yang sedia ada.

Sekarang 23
Bila 24,25 dan seterusnya

Adakah aku masih lagi bernyawa

Ya Allah kau berikanlah aku petunjuk
Setiap apa yang ingin lakukan
Setiap keputusanku

Aku sentiasa yakin Allah tidak pernah berhenti membuka pintu rezeki buatku

Di dunia ini aku menunaikan tanggungjawab fardu kifayahku
Serta Fardu Ain sebagai bekalan akhiratku

Ya Allah bimbinglah aku

Suara Hati,
 Cik Shikin